8

OverviewVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Complete

Di dalam lurah tanah Jawa
Tiada bandingnya seorang jua

Segala permainan serba pandai
Memalu bunyian aneka bagai
Bertandak seperti bunga setangkai
Segala yang memandang hairan terlalai

Tiadalah jemu mata memandang
Sang Nata pun hairan tercengang
Kasih dan sayang tiada tertimbang
Memandang paras yang amat gemilang

Kasih sayang di dalam cita
Tetapi tiada dirinya nyata [?]
Kerana permaisuri r a j-y-ng [raja ing?] tahta
Kalau beroleh nama yang leta

Pada permaisuri tiada diberi ketara
Kerana baginda sangat memelihara
Daripada Sang Nata baik bicara
Jadilah tiada beroleh cedera

Ibu bapanya sudahlah mati
Itulah diambil Seri Bupati
Gajah Seberata [?] pun sudah beristeri
Akan temenggung Ken Ratna Sari

Meng[h]impunkan penggawa segala menteri
Berjamu rakyat seisi negeri
Baginda duduk laki isteri
Seperti bulan dipagari

Penuh sesak dagang santri
Di[h]adap oleh segala menteri

Laki isteri samalah kedua
Seperti lelakon wayang purwa

Notes and Questions

Please sign in to write a note for this page

Mulaika Hijas

We seem to have lost a couplet (second from the bottom of the page).

Mulaika Hijas

Last line: lelakon wayang purba
Wilk.: lelakon

lĕlakon, lĕlakun
1 Drama ([Ht. Panj. 1, 115]); (N. [Peninsula Malay]) operatic performance; = lakun, q.v.