18

OverviewVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Complete

Jika tiada tuan menyampaikan isyarat
Sakit kekanda makin melarat.

Selamanya sudah kekanda memandang tuan,
Tiadalah kakak minum dan makan.
Sepertikan mahu pada perasaan,
Tuan juga tiada dikhabarkan.

Gila kesmaran tiada berhenti
Tiadalah lepas di mata hati
Tiadalah kuasa menahan hati
Sakit kekanda hampirkan mati.

Matilah kekanda seorang-orang
Tuan pun tiada kekanda pandang.
Tuan berilah sepah yang terbuang
Akan bekal kekanda nan hilang.

Kakak pinta keredaan muda bangsawan,
Serta kain bekas tubuh tuan.
Kakak mati pun di dalam kesmaran
Kerana ingsun emas tempawan.

Kekandalah orang yang hina leta,
Tiadalah sampai seperti cita.
Tuan, nyawaku emas juita,
Tuan kasihan apalah beta.

Selama sudah memandang rupa,
Seketika pun tiada kekanda lupa.
Daripada kakak orang hina papa
Jadilah beroleh duka nestapa.

Apa gerangan malapetaka
Tiada sekali berhati suka.
Tuan perhamba apalah kakak
Supaya hilang rasa yang duka.

Notes and Questions

Please sign in to write a note for this page

sirikaba

Perenggan 2, baris 3: Gila kasmaran (kesmaran) tiada berhenti. Perenggan 5, baris 1: Kakak mati pun di dalam kasmaran (kesmaran).