7
Facsimile
Transcription
Di bubuh pula samar-k-u-na
Layak dipakai anak teruna
Lemah lembut sadu perdana
Seperti kalah Cendera Kirana
Paras seperti bidadari
Seperti intan dengan baiduri
Pada masa itu sukar dicahari
Mengabiskan [?] manis seisi negeri
Elok paras gilang gemilang
Menghancur hati segala yang memandang
Dimanakan laki yang tiadakan bimbang
Sedangkan perempuan kasih sayang
Ken Sila [?] Wati itu pun baik juga
Paras seperti anakan tiga [?]
Di anugerahi Sang Nata akan Baik Santika [?]
Berkasih kasihan keduanya suka
Ken Lamlam Arsa itu rupanya baik
Hendak di ambil ratu akan gundik
Kerana lakunya petah cerdik
Putih kuning kecil molek
Parasnya indah sukar dicahari
Tiada berbanding di dalam negeri
Kasih Sang Nata tiada terperi
Disuruh memangku puan permaisuri
Permaisuri sangat kasih akan dia
Diberi memakai pakaian yang mulia
Makin bertambah rupa bercahaya
Seperti bulan purnama raya
Manis seperti gula derawa
Seperti anak-anakan dewa
Notes and Questions
Please sign in to write a note for this page