47

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Needs Review

Sangat berubah warnanya muka/ Di dalam hati adalah murka
Orang Menggada terlalu pasti/ Membaja (baca) pustaka berganti-ganti
Nama pustaka Kun? Sakti/ Melembutkan hati Seri Nara Pati
Baginda bertitah manis berseri/ Suruhlah anak Aji masuk ke mari
Penggawa kedua menjunjung jari/ Lalu keluar dari dalam negeri
Serta mengadap Ratu Menggada/ Dipersembahkan segala titah dan sabda
Ratu pun suka di dalam dada/ Kerana diterima oleh baginda
Lalu berjalan ke dalam kota/ Penggawa mengiring hadir semata
Lengkap dengan alat senjata/ Raja p-n-w-h? dibawa serta
Orang Menggada lakunya garang/ Alat seperti akan berperang
Sutera pakaian a-n-j-r-- berderang/ Habislah ketepi? sekalian orang
Berjalan dari pasara/ Diiringkan oleh penggawa tentera
Orang Daha huru hara/ Habis berhimpun balu dan dara
Ramailah orang berkata-kata/ Sayangnya akan tuan kita
Jika diterima oleh Sang Nata/ Tiadalah patut kepada mana

Notes and Questions

Nobody has written a note for this page yet

Please sign in to write a note for this page