52

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Needs Review

Sesal bertambah ganda berganda/ Berangkat masuk duli baginda
Bermula Raden Cendera Kirana/ Terlalu masyghul gundah gulana
Mandi bersintuk tiada sempurna/ Dipujuk oleh isi istana
Ratu Menggada datang meminang/ Raden Galuh diberi tunang
Hatinya gundah tiadalah senang/ Bencinya tidak dapat dikenang
Sebagai menangis tiada berhenti/ Bini Aji memujuk berganti
Hancur luluh di dalam hati/ Daripada hidup sukalah mati
Kehendak ayahanda apakan daya/ Hilang budi cita upaya
Sekalian belas memandang dia/ Bercintalah dengan hamba dan sahaja
Tersebutlah kera? emas di dalam taman/ Telah berapa masa zaman
Hatinya gundah tiadalah nyaman/ Duduk tak boleh bercampur taman
Didengar khabar Ratu Menggada/ Datang meminang kekanda baginda
Terlalulah geram di dalam dada/ Mengiraikan bulu seperti perada
Diam berfikir seorang-orang/ Kemana gerangan saudaraku gerang?
Tunangan hendak diambil orang/ Apa tipuku akan berperang

Notes and Questions

Nobody has written a note for this page yet

Please sign in to write a note for this page