12
Facsimile
Transcription
Dari mana datang emas tempawan / Sehari ini tiada kelihatan
Mengapakah pucat muka tuan / Seperti menaruh kepiluan
Jiwa yang manis pun duduk menyembah / Laku laksana bunga digubah
Beta nan datang dari rumah / Hendak mengadap tuan apalah
Makan sirih seraya berkata / Suatu pun tiada gundah dicita
Hilanglah ngilu kepala beta / Maka tiada mengadap Sang Nata
Berkata pula Baik Santika / Haruslah tuan tiada suka
Pucat unas [?] kulihat muka / Memberi belas di hati kakak
Dipeluk saudaranya dengan kepiluan / Mengapa gerangan hatiku tuan
Terlalu sekali belas dan kasihan / Melihat adikku yang demikian
Janganlah jauh hati adinda / Sungguhpun tiada ayah dan bonda
Apakah kehendak di dalam dada / Tuan katakan kepada kekanda
Hatiku belas tiada terperi / Kerana belum tuan berumah sendiri
Adakah mahu tuan beristeri / Biarlah kakak pinangkan beri
Disahut oleh Gagak Rajasa / Inilah beta silu rasa
Notes and Questions
Please sign in to write a note for this page