59

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Complete

Hanyalah sedikit yang kekanda cinta
Tiadalah lama tuan berhambakan beta
Belum puas berkasih kita
Memandang ningsun emas juwita

Jiwa kekanda muda bangsawan
Tegur apalah kekanda nan tuan
Jika kakak mati di medan
Kafani dengan bekas tubuh tuan

Siram dengan air mata juga
Umpama bermimpi memandang kakak
Tuan kenangkan kasih seketika
Jiwaku jangan menaruh duka

Jika tuan tak suka membelai serta
Kadar tangisi mayat beta
Bekalkan kekanda dengan air mata
Kerana kakak orang yang hina lata

Belas hati Ken Lamlam Arsa
menengar kata Jaran Temasa
Tunduk menangis pilu rasa
Hendak berkata malu basa

Seperti disahut dengan air matanya
Suatu pun tiada apa dikatanya
Berfikirlah ia di dalam hatinya
Aku pun tiada hidup rasanya

Sudahlah untung apakan daya
Kehendak dewata mulia raya
Jika hidup pun aku sia-sia
Baiklah mati bersama dia

Kasihanlah hati Jaran Temasa
Melihat isterinya Ken Lamlam Arsa

Notes and Questions

Please sign in to write a note for this page

sirikaba

Perenggan 3, baris 2: Umpama bermimpi memandang kakak. Perenggan 4, baris 2: Pada ditangisi (?) mayat beta. Perenggan 5, baris 4: Hendak berkata malu basa (huruf "lam" ada tanda dipotong pd teks jawi). Perenggan 6, baris 2: Suatu pun tiada apa katanya. Perenggan 7, baris 3: Jika hidup pun aku sia-sia.