Sulu Jawi Document 3

ReadAboutContentsHelp
Letter from Sulu Sultan (or wife?) to Haynes. PP MS 26/04/03 ( SOAS personal papers manuscript number )

Pages

1
Complete

1

Bahwa inilah warkah al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada hati yang putih lagi hening jernih yang tiada ada menaruh lupa dan lalai di dalamnya iaitu daripada kita Maha Seri Paduka Maulana al-Sultan Muhamad Amir al-Kiram [misspelled?] ibni al-Marhum Maha Seri Paduka Maulana al-Sultan Muhamad Jamalul Azim yang ada bertahta kerajaan negeri Suluk serta dengan sekalian daerah takluknya datang mendapatkan sahabat kita Tuan Haynes yang ada bersaudagar di Singapura dengan selamat sejahteranya. wa ba'dahu [dan kemudian] dari itu kita maklumkan kepada sahabat kita fasal sahabat kita ada berpesan kepada Kapten Banka [?] minta [s-?-i?] dan tembakau datang di Singapura. Maka sekarang ini belum boleh datang kerana sebab tembakau lagu di Singapura di dalam kapal jongan [read: jongnya?]. Nanti barang kali tiada boleh berjumpa dengan tembakau jadi susah juga baik Juga bersama-sama dari Suluk [s-?-i?] dan tembakau di dalam kapal jongan [? jikalau tiada Aral yang besar sahabat kita boleh maklumkan juga kepada tuan [K-s?] di Singapura. Dan lagi yang sahabat kita ada kirim tiga orang Suluk telah sampai dengan selamatnya di Maimbong. Demikianlah tiada kita berpanjang kalam. Maka hanyalah tabik sahaja banyak2 (banyak-banyak). Tamat Di Maimbong kepada 23 hari bulan Rajab tahun 1301

Last edit over 2 years ago by Mulaika Hijas
2
Blank Page

2

This page is blank

Last edit almost 3 years ago by Mulaika Hijas
3
Blank Page

3

This page is blank

Last edit almost 3 years ago by Mulaika Hijas
4
Blank Page

4

This page is blank

Last edit almost 3 years ago by Mulaika Hijas
Displaying all 4 pages