1

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Needs Review

Ya al-syams nur wal qamar
Bahawa ini surat daripada anak[n]da Seri Paduka Maha Seri Maulana al-Sultan
Muhamad Amirul Kiram(**). Barang disampaikan Allah subhanahu wa taala. Apalah [a] kiranya
Sampaikan ke hadapan sahabat kita Kapten Haynes(***) pasal permintaan
kita. Maka kita boleh juga' meminta' tempo[h] kepada sahabat kita pasal
[rumah?] sahabat itu dan lagi kita minta' tempo[h] sebab sekarang ini
orang-orang itu sekaliannya lagi pergi di Lugus(*) sekarang ini bermusuh.
Dan kita mahu periksakan sekalian [h]arta ?? sahabat. Jikalau siapa-siapa yang
merampas sekalian harta(k) sahabat jikalau dia datang ke Maimbung(*). Demikian adanya.
Kepada 4 haribulan Zulhijjah tahun 1301.

Notes and Questions

Please sign in to write a note for this page

sirikaba

*Lugus dan Maimbung, dua bandar di Wilayah Sulu.

sirikaba

**Sultan Jamalul Kiram II

sirikaba

***Thomas Henry Haynes (?), berasal dari England, seorang pencari/peniaga mutiara dan pernah tinggal di Kepulauan Sulu awal 1880-an.