Pages
36
Kakak Baik Santika ke barat arahnya Gagak Rajasa tersenyum seraya katanya
Pergilah tuan dahulu pulang Marilah pula sekarang petang Mendapatkan kekanda di [bandi karang/gerang?] Adalah kakak menanti sekarang
Jaran Tamasa menyembah pula saudaranya Bermohonlah pulang dengan sukanya Seperti segunung rasa hatinya Mandi berlimau berlangir dirinya
Sudah mandi lalu memakai Selengkap pakaian berlelancing cindai Berkampuh kesumba antelas berbagai Berpanca ungu awan setangkai
Bersabuk kerongsang wayang-wayang Panca direka merak melayang Berkeris landean(3) ditatah selang Tiga sebelah memakai gelang
Berkembar dengan gelang kana Berpedaka dua pangkat permata warna Beranting-anting Kresnayana(1) Manis bersunting astakona
Bersubang permata baiduri Bercincin intan pemanis jari Memakai urapan Ken Sari Makin bertambah manis berseri
Bibirnya merah asmaradanta Gigi berkilat seperti permata Manis seperti madu branta(2) Sedap manis jangan di kata
37
Ia berdiri rambut disigar(1) Mengenakan jamang emas dilingkar Rambutnya ikal mayang mekar(2) Pada masa itu dicahari sukar
Cermin diambil bercermin muka Seraya berkata pada Renjaka Adakah baik rupaku kaka[k] Kerana belas menaruh duka
Manis sekali utama jiwaku Baik paras tuan nyawaku Sayang sedikit oleh pucat muka Itupun menambah manisnya juga
Seperti layunya taruk angsoka Olehnya sangat menaruh duka Sahut Jaran Tamasa sambil bersenda Jika berbini baik paras kekanda
Makin bertambah baiknya kanda bercampur paras [..sa mu... da?] Renjaka berkata suka tertawa Katanya aduh utama jiwa
Sangat hendak berbini baik paras jua Bukannya membela pandang? [mending?] nyawa Jaran Tamasa pun tertawa suka Seraya berkata marilah kakak
Turun berjalan diiring Renjaka Manis berseri warna muka Tersebut perkataan Ken Lamlam Arsa Duduk di balai tengah masyghul rasa
Belas hatinya kepada rasa Kelakuan seperti letih dan lasa
...dihadap oleh
38
Di[h]adap oleh hamba sahayanya Diam masyghul sedu lakunya Tiada sedap rasa hatinya Durja yang manis berubah warnanya
Makin menambah-nambah baik paras[nya] Berkain kesumba jingga pengaras Berpanca hijau danta antelas Ditulis pula air emas
Berkemar(1) emas tulisan naga Bergelang [jerai?] bunga rembega (2) Bersubang bapang permata merah(3) Bercincin emas permata ditatah
Bersunting bunga ang[kar? pelawan?] Cantik manis barang kelakuan Ia lah mustika segala perempuan Seperti bediyari?[bidadari] dalam keinderaan
Mayang [?] dengan melur digubah Lakunya manis makin bertambah Sedikit masyghul lakunya berubah Diambilnya lading hulu bertatah
Lalu tunduk mengubah angsana Canggainya halus terlalu bahana(4) Seperti gambar daripada diarak Cina Sedap manis sadu perdana(5)
Berkilat-kilat permata subang Kena sinar matahari petang Sepertikan lenyap pada pemandang Di mana laki-laki tiadakan bimbang
Telah sudah bunga digubahnya Dikirap-kirap dipersuntingnya
39
Ditiup angin semilir rupanya Bertambah manis barang lakunya
Seperti Dewa Cenderawati Patut dengan budi pekerti Barang lakunya mengencerkan hati Patut sekali dibela mati
[Si? B-j-y-l?] pun suka hatinya Melihat barang laku tuannya Tiadalah banding kepada rasanya Suka tertawa seraya katanya
Aduh tuanku utama jiwa Manis seperti gula derawa Di dalam lurah tanah Jawa Paras tiada bandingan dua
Bagaikan lenyap dipandang berseri Sayangnya tuan tiada bersuami Inginnya rasa hati sendiri Melihat tuan duduk laki isteri
Sama baik paras manis berseri Seperti indera dengan bidadari Dimana gerangan hendak kucahari indera pun tiada datang kemari
Datang kiranya muda perkasa Turun dari atas angkasa Tersenyum sedikit Ken Lamlam Arsa men(d}engar kata [S-u-jil?] [Su Bujil?] malu rasa
Dicubitnya bibir budak bandan[?] Katanya mulut inilah tiada berketahuan Barang katanya sangat meraban Seperti mabuk kecubung lakunya edan
40
[Su? jil?][Su Bujil?] pun lari tertawa berkata Tuan ampun dosa beta Tiada sahaya berkata dusta Semoga ditunjuk oleh dewata
Segala yang melihat suka tertawa Ken Lamlam Arsa pun senyum jua Turun [k-l-lng-n? ke langir?] manis sembawa Diiringkan oleh pengasuh kedua
Tanggalkan kain diberi pada pengasuhnya Ia berjalan dengan tapihnya(1) Lemah lembut barang lakunya Seperti pucuk ditiup angin rupanya
Duduk bertelekan di atas batu Mengusap tubuh lengan di situ Seperti kelakuan puteri ratu Dinaungi pohon naga sari itu
Tergelongsor sedikit tapihnya Putih terserlah kelihatan pinggangnya Seperti buluh gading tanggal kelopaknya Berpatutan cahaya permata cincinnya
Bersinar seperti [mandam serahi?] Terlalu elok rupa pegari(2) Segala yang memandang melupakan diri Di manakah laki laki tiada berahi
Sedang sama perempuan hairan memandang Kasih gambar rasanya sayang Paras seperti gambar dan wayang Sedap manis tiada kepalang
Melihat Ken Sila Wati adiknya itu Duduk melengung di atas batu