JaranTamasa3b

ReadAboutContentsVersionsHelp
1

1

Ken Lamlam Arsa pun tunduk menangis/ Rasa hatinya bagai dihiris

Disapunya air mata isterinya/ Dipeluk leher dicium pipinya Bertemu mulut sepah diberinya/ Diangkat diriba seraya katanya

Sudahlah tuan emas juita/ Jiwaku jangan sangat bercinta Jangan membuang air mata/ Tiada akan tuan mati serta

Seakan tuan serata merasa/ Jiwaku jangan berjauh rasa Mati seorang Jaran Tamasa/ Kerana kekanda empunya dosa

[S-b-t-r?]lah mati seorang kakak/ Kasih tuan nyawa kan diharga Kadar tuan tangisi juga/ Seribu kali kekanda suka

Air mata tuan yang terbuang/ Akan bekal kakak mati seorang Tuanku jangan berhati walang/ Masakan tuan serta hilang

Ken Lamlam Arsa pun berkata/ Sambil terhambur dengan air mata Mengapa beta tak mau mati serta/ Mana untung kekanda bersamalah beta

Jika tinggal pun beta seorang/ Sahajakan jadi perkataan orang Mata siapa hendak dipandang/ Baiklah beta serta hilang

Last edit 5 months ago by Siri Kaba
2

2

Setelah menengar kata isterinya; Belas kasihan rasa hatinya Berhamburan keluar air matanya; Dipeluk dicium seraya katanya

Pekulun sunan emas juwita; Kasih rupanya tuan akan beta Maka tuan mahu turut mati serta; Jangan bercerai kedua kita

Tujuh kali mati hidup pula; Tuan juga akan teman bela Utama jiwaku batu kepala; Kasih terjunjung di atas jemala

Tuanku seperti yang-yang kesuma; Paras seperti nila utama Jika tujuh kali kita menjelma; Jangan-jangan bercerai biar bersama

Dipeluk dicium akan isterinya; Makin bertambah kasih sayangnya Seperti minyak penuh ditatangnya; Tiadalah lepas daripada ribaannya

Berkasih-kasihan samalah kedua; Seperti badan dengan nyawa Tiadalah bercerai seketika jua; Tiadalah tersedar badan kecewa

Tersebutlah perkataan Ken Sila Wati; Semalaman menangis tiada berhenti Berbagai fikir di dalam hati; Takutkan saudaranya bersama mati

Bertambah gundah tiada terperi; Berbagai bicaranya seorang diri

Last edit 5 months ago by Siri Kaba
3

3

Setelah siang sudahlah hari // Lalu ia menyurut sendiri

Disuruh hambanya membawa surat // Kepada Baik Santika dan saudaranya Pergilah ia dengan segeranya // Datang petang sampai ke pe[r]singgahnya

Tiada jauh daripada pe[r]singgahan Sang Nata // Sekalian bertunggu berkeliling kota Surat diberinya pada Gajah Seberata // Baik Santika pun ada serta

Oleh Gajah Seberata segera disambutnya // Dibuka surat lalu dibacanya Telah men(d)engar khabar saudaranya // Merah padam warna mukanya

Terlalulah sangat ia marahnya // Tiadalah tertahan kepada rasanya Diambil keris daripada pinggangnya // Lalu ke tanah dihempaskannya

Katanya tiada suka hatiku // Jaran Temasa itu sahaja lawanku Kubunuh juga maka puas hatiku // Tiada dengan sopan diambil saudaraku

Daripada menanggung malu baiklah mati // Bersukat darah maka berhenti [?] Baik Santika pun ngeranlah[*] hati // Katanya Jaran Temasa inilah jahat pekerti

Haruslah kuajak mengiring Sang Nata // Tiada ia mahu berkata-kata Ada kehendaknya di dalam cita // Maka tiada ia mahu mari serta

Last edit 5 months ago by Siri Kaba
4

4

Dengan pengajar Gagak Rajasa // Maka jadi demikian Jaran Temasa Kerananya tiada tahu bahasa // Tiada sekali takut binasa

Baik Santika dan Gajah Seberata // Keduanya pergi mengadap Sang Nata Kelakuan Jaran Temasa semuanya dinyata // Baginda pun tiada berkata-kata

Lalu bertitah pula baginda // Biarlah ia duduk sama muda Sama baik paras bandingan tiada // Janganlah engkau gusar di dalam dada

Gajah Seberata berdatang sembah // Memohonkan ampun yang amat limpah Jikalau sudah benar yang mana titah // Sebab angkaranya patik marah

Bukannya patik tiada suka // Seperti patik ini Baik Santika Kerana Jaran Temasa sangat derhaka // Patik pohonkan hendak bunuh juga

Sangulun adukan sama seorang // Jika ia mati oleh patik sekarang Hapuslah kemaluan patik sekarang // Seperti ialah laki-laki tiada membilang

Baginda pun tiada terkira2 // Seperti orang hilang bicara Manis bertitah Seri Betara // Kerjakan olehmu mana bicara

Bertitah pula pada [Baik Santika?] // Apa bicara saudaramu juga

...bukan aku tiada...

Last edit 5 months ago by Siri Kaba
5

5

Bukannya aku tiada suka // Jangan engkau syak dan sangka

Engkau berikah adikmu berlawan // Dengan Gajah Seberata orang pahlawan Kalau engkau beroleh kepiluan // Jadilah kelak tiada berketahuan

Gajah Seberata orang perkasa // Lagi ia tuah berparang biasa Tiadakah engkau sayang akan Jaran Temasa // Ia nan budak tak tahu bahasa

Berdatang sembah Baik Santika // Sampean pekulun Gusti Andika Tiadalah patik aji menaruh duka // Kerana saudara patik orang derhaka

Mana bicara patik ini Gajah Seberata // Patik pun turut bersama serta Tiadalah patik mengubahkan kata // Sudahlah gerangan kehendak Dewata

Akan patik itu Jaran Temasa // Sungguh ia budak tak tahu bahasa Kerja orang yang perkasa // Menurut pengajar Gagak Rajasa

Titah baginda wajah berseri // Jika demikian panggilah ke mari Orang pun berjalan pulang ke negeri // Pergi memanggil muda pisari

Tersebutlah perkataan Jaran Temasa // Sudah bertemu dengan Ken Lamlam Arsa Tiadalah bercerai senantiasa // Seperti menyudahkan kasih pada rasa

Last edit 5 months ago by Siri Kaba
Records 1 – 5 of 159