111
Facsimile
Transcription
Diambilnya sirih sekapur seorang
Puan itu pun segera dikembali pulang
Titah baginda wajah gemilang
Patih bagaimana kelakuan perang
Sembah Patih ke bawah telapakan
Patik tak lihat dengan penglihatan
Dapatlah petaka itu Jaran Tamasa lawan
Seorang pun tiada lagi bertewasan
Baginda pun suka menengar khabar
Jaran Tamasalah kujadikan penggawa
Dapatlah menolong sakit dan sukar
Kerana ia orang yang pendekar
Telah kepada keesokan hari
Jaran Tamasa empat bersaudara dengan sekalian menteri
Serta rakyat seisi negeri
Lalu keluar dari dalam negeri
Diatur saf rakyat di padang
Dengan rakyat Kelana sama bertentang
Setelah bertemu lalu berperang
Kelam kabut cuacanya terang
Perang itu terlalu ramai
Banyaklah darah tumpah ke bumi
Bertagar tempik segala yang berani
Segala yang penakut lari ke sana sini
Baharulah kelihatan orang berperang
Tatkala menetak parang memarang
Sang Nata pun ada duduk memandang
Di atas gajah di pintu gerbang
Akan Gagak Rajasa empat bersaudara
Keempatnya mengamuk dengan gembira
Notes and Questions
Please sign in to write a note for this page
Gembira = bukan 'happy'!
gĕmbira
1 Passion; excitement; (of a horse) spirited. G. hati: id.; [Ht. Bangs . 24.] Mĕnggĕmbira-kan: to excite; Bar. Glat. 13. Naik g.: to flare up.
Suara-nya pun g.: his voice trembled with passion; [Ism. Yat. ]
Used of a rhinoceros flying into a rage ([Ht. Pdk. 104]); soldiers becoming eager to fight (g. hati hĕndak bĕrpĕrang), [Sg. Samb. ,] a warrior's excitement at the flight of his foe ([Ht. Angg. 80]); etc.