113

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Jaran Tamasa amarah seraya berkata
Hai Kelana Agung Beranta
Marilah mana ada senjata
Jaran Tamasa namanya kita

Ditikam oleh Kelana yang makar
Jaran Tamasa melompat kain terkibar
Segala yang memandang hati berdebar
Paras seperti dapat digambar

Jarang Tamasa menikam diperturut [=berkali-kali?]
Kena dadanya tiada lut
Sekali lagi ditikamnya kena perut
Kesenak-senakan dada diurut

Dalam hati Kelana Agung Beranta
Penggawa ini pandai bermain senjata
Siapa tahu alah gerangan kita
Diambilnya tombak yang bergenta

Kelana menikam tiadalah sayang [?]
Jaran Tamasa menyalahkan sayap melayang
Menyalahkan tikam Kelana yang hayang(1)
Laku seperti gambar dan wayang

Kelana menikam dengannya tombak
Jaran Tamasa sangat bijak
Menyalahkan tikam mana berasa sajak [?]
Selaku di bumi tiada berjejak

Akan Kelana Agung Beranta
Amarah seperti gajah menta(meta)
Menjadikan dirinya seorang bota
Bunyi tempik terlalu gempita

Jaran Tamasa pun segera menjadi raksasa
Besar panjang sampai ke angkasa

Page Notes

Please sign in to write a note for this page

Siri Kaba

1. hayang - terhuyung-hayang