126

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Complete

Laku laksana gambar dan wayang
Barang yang melihat kasih dan sayang

Ken Lamlam Arsa pun menyembah permaisuri
Bermohon pulang ke rumah sendiri
Kerana petang sudahlah hari
Kemudian pula patik ke mari

Selama Jaran Tamasa masuk ke negeri
Suka dan ramai tiada terperi
Memalu bunyi-bunyian sehari-hari
Ramai dengan tepuk dan tari

Duduklah baginda bersuka-sukaan
Dengan segala penggawa menteri sekalian
Ramai dengan segala permainan
Karar sentosa dalam kerajaan

Tamatlah syair Jaran Tamasa
Mereka sajaknya terlalu seksa
Daripada dititahkan raja yang kuasa
Jadilah diperbuat sehabis kuasa

Mengerjakan titah raja yang bijak
Sahajanya payah mengenakan sajak
Daripada takut dikerjakan juga
Katanya [nan?] benar dengan mustahak

Pada sanat 1219 tahun-tahun ba pada sembilan likur hari bulan Muharam pada hari Isnin pada waktu tengah hari akan surat ini Ismail empunya syair tamat

Notes and Questions

Please sign in to write a note for this page

Mulaika Hijas

Pada sanat 1219 tahun-tahun ba pada sembilan likur hari bulan Muharam pada hari Isnin pada waktu tengah hari akan surat ini Ismail empunya syair tamat
=10 May 1804