46

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

9 revisions
Mulaika Hijas at Aug 21, 2019 09:31 AM

46

Dara [?] menelentang mengiring pinggangnya // Naga kepulir(1) nama ketidurannya

Tangannya kiri di atas pahanya // Tangan kanan di atas dadanya

Di adat tidur anak dara // Pada bahasa Jawa ada melenalah cara [?]

Kalau [k-u-j-ng?] bertangkup jadi berserta // Takut keras dadanya mendera

Terlalu suka Jaran Temasa // Seperti masuk syurga pada rasa

Memeluk mencium Ken Lamlam Arsa // Hilanglah dendam berahi sentiasa

Rupa yang indah dipandangnya // Habislah tempat kasih sayangnya

Tiadalah tertahan rasa hatinya // Diciumnya pula seraya katanya

Tuanku nyawaku batu kepala // Baik paras tiada bercela

Seperti emas diperbuat berhala // Patutlah kekanda mabuk dan gila

Sedapnya tidur paras gemilang // Tiada dikhabarkan kekanda datang

Kakak nan mabuk gila seorang // Baharu ku dapat tuan sekarang

Aria ningsung emas tempawan // Jika kekanda mati pun kerana tuan

Bangunlah jiwaku muda bangsawan // Tegurlah kekanda orang yang rawan

Ken Lamlam Arsa diangkat lalu diriba // Dipeluk dicium sambil diraba

46

Dara menelentang mengiring pinggangnya // Naga kepulir(1) nama ketidurannya

Tangannya kiri di atas pahanya // Tangan kanan di atas dadanya

Di adat tidur anak dara // Pada bahasa Jawa ada melenalah cara