48

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

9 revisions
Rohayah at Nov 29, 2018 04:00 AM

48

Rasa gundah tiada terperi // Ia menangis menghempaskan diri

Disambut oleh muda pisari // Tuanku yang seperti bidadari

Jangan menangis apalah tuan // Mengempaskan diri tiada berketahuan

Tiadakah rupanya pun kasihan // Akan kekanda gila merawan

Berahi kekanda tiada berhenti // Sakit kakak hampirkan mati

Tuanlah yang memberi luka hati // Tuanlah juga yang mengubati

Nyawa dan badan kakak serahkan // Menjadi hamba kepada tuan

Baik sekali [segala?] tuan sukakan // Kehendak dewata tuan redhakan

Sudahlah untung emas tempawan // Dengan kekanda sudah pertemuan

Sukakanlah oleh tuan // Jika mati pun kerana tuan

Tujuh kala mati hidup pula // Jangan kiranya tuan juga batu kepala

Jika seribu kali hancur berkala // Tuan juga akan teman dibela

Berdebarlah hati Ken Lamlam Arsa // Menengarkan kata Jaran Tamasa

Tiada berketahuan kepada rasa // Matilah aku kerananya dibinasa

Jika demikian pekerti dan laku // Tiadakan hidup gerangan diriku

48

Rasa gundah tiada terperi // Ia menangis menghempaskan diri

Disambut oleh muda pisari // Tuanku yang seperti bidadari

Jangan menangis apalah tuan // Mengempaskan diri tiada berketahuan

Tiadakah rupanya pun kasihan // Akan kekanda gila merawan

Berahi kekanda tiada berhenti // Sakit kakak hampirkan mati

Tuanlah yang memberi luka hati // Tuanlah juga yang mengubati

Nyawa dan badan kakak serahkan // Menjadi hamba kepada tuan

Baik sekali [segala?] tuan sukakan // Kehendak dewata tuan redhakan

Sudahlah untung emas tempawan // Dengan kekanda sudah pertemuan

Sukakanlah oleh tuan // Jika mati pun kerana tuan

Tujuh kali mati hidup pula // Jangan kiranya tuan juga batu kepala