58

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

10 revisions
Rohayah at Nov 29, 2018 04:38 AM

58

Tiadalah walang di dalam dada // Ingin dibunuh oleh baginda

Kerana ningsun emas juwita // Beta menyanjung murka [Sang Nata]

Itupun tiada kekanda cinta // Adalah teman mati beserta

Kerana kakak orang derhaka // Mengambil maknikam di mulut naga

Bunga diambil dalam duri belaka // Tuan kasihan apalah kakak

Daripada kasih kekanda akan tuan // Tiada kakak cita akan kematian

Tiadalah sayang akan nyawa dan badan // Kerana rupa emas tempawan

Tiada ada manis kelakuan // Hanyalah ingsun muda bangsawan

...? himpunan paras hanyalah tuan // Jiwaku mustika segala perempuan

Cahari seluruh di Tanah Jawa // Tiada bandingan utama jiwa

...[per?] mata kekanda tiadalah dua // Patutlah tempat [ menyabung] nyawa

Tuan umpama laut madu beranta // Kekandalah semata yang melata

...? pada sangat sukacita // Berenang di laut matilah beta

...? tuan yang seketika // Supaya hati kekanda suka

.. Nyawa kekanda akannya harga // Tuan pandang apalah kakak

58

Tiadalah walang di dalam dada
Ingin dibunuh oleh baginda

Kerana ningsun emas juwita
Beta menyanjung murka Sang Nata
Itupun tiada kekanda cinta
Adalah teman mati beserta

Kerana kakak orang derhaka
Mengambil maknikam di mulut naga
Bunga diambil dalam duri belaka
Tuan kasihan apalah kakak

Daripada kasih kekanda akan tuan
Tiada kakak cita akan kematian
Tiadalah sayang akan nyawa dan badan
Kerana rupa emas tempawan

Tiada ada manis kelakuan
Hanyalah ingsun muda bangsawan
Perhimpunan paras hanyalah tuan
Jiwaku mustika segala perempuan

Cahari seluruh di Tanah Jawa
Tiada bandingan utama jiwa
Mati kekanda tiadalah dua
Patutlah tempat membuang nyawa

Tuan umpama laut madu beranta
Kekandalah semata yang melata
Daripada sangat sukacita
Berenang di laut matilah beta

Kasih tuan yang seketika
Supaya hati kekanda suka
Nyawa kekanda akannya harga
Tuan pandang apalah kakak