10

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

7 revisions
sirikaba at Aug 24, 2018 05:38 PM

10

Telah menengar kata pengasuhnya
Tunduk bercucur air matanya
Di dalam hatinya sungguh katanya
Benda segala seperti pengajarnya

Jika kuturut seperti kehendakku
Tiada akan hidup lagi aku
Patah lagi akan dayaku
Kehendak Dewata sudah berlaku

Dipadam-padamkan daripada hatinya
Berapa dihilang daripada citanya
Makin teringat akan rupanya
Hendak matilah kepada rasanya

Tiada berketahu hendak dibicara
Tiada di mana tempat berkira
Jika kedengaran pada Seri Bitara
Pekerjaan ini beroleh cedera

Katanya kekanda apa kesudahan
Matilah aku dengan hal demikian
Inilah rupanya jalan kematian
Nasibku sudah gerangan sekian

Jika baik hatiku gerang
Inginlah aku mati sekarang
Musuh pun tiada yang menyerang
Supaya matiku di dalam berperang

Hidup pun tiada beroleh suka
Biarlah mati daripada derhaka
Memberi kepiluan adik dan kakak
Kerana aku memberi duka

Renjaka pun belas menengarnya
Hancurlah hatinya memandang tuannya

10

Telah menengar kata pengasuhnya
Tunduk bercucur air matanya
Di dalam hatinya sungguh katanya
Benda segala seperti pengajarnya[?]

Renjaka kuturut seperti kehendakku
Tiada akan hidup [l-a-k] aku
Patutlah akan kaya[?] akan dayaku
Kehendak Dewata sudah berlaku

Dipadam-padamkan daripada hatinya
Berapa dihilang daripada citanya
Makin teringat akan rupanya
Hendak matilah [k-w-n] rasanya

Tiada berketahu hendak dibicara
Tiada dimana tempat berkira
Jika [k-r-a-r-n] pada Seri Bitara
Pakai jalan[?] ini beroleh cedera

Katanya, "Kakanda apa kesudahan
Matilah aku dengan hal demikian
Inilah rupanya jalan kematian
Nasibku sudah gerangan sekian

Jaga baik hatiku karang[?]
Ingatlah[?] aku mati sekarang
Musuh pun tiada [i-n-ng] mereng[?]
Sampai matiku di dalam berperang/parang[?]

Hidup pun tiada beroleh suka
Biarlah mati daripada [r-h-k]
Memberi kilauan ada [k-d-a-n-k-k]
Kerana aku memberi duka."

Renjaka pun [n-b-s] menengarnya
Hancurlah hatinya memandang tuannya