60

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Complete

Kerana ia pun tuan juga / Hendak dilalui takut derhaka

Ada pun hamba Gagak Rajasa / Terlalu pilu kepada rasa
Sayangkan tuannya gagah perkasa / Berpatut dengan budi bahasa

Tambahan sahayanya Jaran Tamasa / Seperti orang kelemasan rasa
Belas akan tuannya putus asa / Pada fikir dirinya tiada sentosa

Renjaka pun datang berlari-lari / Memeluk kaki muda pisari
Mengharap menangis menggulingkan diri / Belas sangat tidak terperi

Sambil meratap ia berkata / Bolakkah(1) tuan pengajar beta
Aduh pangeran emas juita / Hilanglah tuan di mata beta

Susahnya beta memeliharakan tuan / Tiada kusangka jadi demikian
Anum tuan umur muda bangsawan / Semena hilang kerana perempuan

Suatu pun tiada memberi pahala / Kekanda rupanya yang membela
Pangeran ningsun batu kepala / Hancur hatiku tiada berkala

Memandang hal tuannya cahaya mata / Datang hatinya Gajah Seberata
Harap harapan kepada cita / Hendak menjadi ipar Sang Nata

Notes and Questions

Please sign in to write a note for this page

sirikaba

1. (KD) bolak - (sl) terbalik, salah, keliru. Rujukan bandingan - Hikayat Hang Tuah.