67

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Complete

Sayang sekali Gagak Rajasa / Tiada bandingan gagah perkasa
Jika datang musuh sahaja binasa / Tertawanlah habis seisi desa

Terlalulah sesal hati Sang Nata / Sayang baginda akan Gajah Seberata
Tambahan Jaran Tamasa pula serta / Kerana pandai bermain senjata

Makin difikir bertambah duka / Daripada sudah mala petaka
Wajah pun masam tiada suka / Kelihatan masyghulkan [-lah] kepada muka

Gundah Sang Nata tiadalah hilang / Sebab kematian segala hulubalang
Tiadalah bermain di hutan larang / Lalu baginda berangkat pulang

Diiringkan oleh segala menteri / Sampailah baginda ke dalam negeri
Lalu masuk ke istana sendiri / Mendapatkan Seri Permaisuri

Adapun akan Baik Santika / Tatkala tinggal telampakan andika
Hatinya sebal terlalu duka / Seperti pedih dibubuh cuka

Diangkat adiknya kedua dipangku / Katanya aduh utama jiwaku
Baik paras kedua adikku / Hancurlah hati memandang laku

Berjangka [?] lela[?] anum bangsawan / Emas merah (mirah) bangunlah tuan

Notes and Questions

Nobody has written a note for this page yet

Please sign in to write a note for this page