10
Facsimile
Transcription
Telah menengar kata pengasuhnya / Tunduk bercucur air matanya
Di dalam hati sungguh katanya / Benar sekali seperti pengajarnya
Jika kuturut seperti kehendakku / Tiada akan hidup lagi aku
Apatah lagi akan dayaku / Kehendak dewata sudah berlaku
Dipadam-padamkan daripada hatinya / Berapa dihilang daripada citanya
Makin teringat akan rupanya / Hendak matilah kepada rasanya
Tiada berketahuan hendak dibicara / Tiada di mana tempat berkira
Jika kedengaran pada Seri Betara / Pekerjaan ini beroleh cedera
Katanya kekanda apa kesudahan / Matilah aku dengan hal demikian
Inilah rupanya jalan kematian / Nasibku sudah gerangan sekian
Jika baik hatiku gerang / Inginlah aku mati sekarang
Musuh pun tiada datang menyerang / Supaya matiku di dalam berperang
Hidup pun tiada beroleh suka / Biarlah mati daripada derhaka
Memberi kepiluan adik dan kakak / Kerana aku memberi duka
Renjaka pun belas menengarnya / Hancurlah hati memandang tuannya
Notes and Questions
Nobody has written a note for this page yet
Please sign in to write a note for this page