37

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

7 revisions
Mulaika Hijas at Aug 21, 2019 08:57 AM

37

Ia berdiri rambut disigar(1)
Mengenakan jamang emas dilingkar
Rambutnya ikal mayang mekar(2)
Pada masa itu dicahari sukar

Cermin diambil bercermin muka
Seraya berkata pada Renjaka
Adakah baik rupaku kaka[k]
Kerana belas menaruh duka

Manis sekali utama jiwaku
Baik paras tuan nyawaku
Sayang sedikit oleh pucat muka
Itupun menambah manisnya juga

Seperti layunya taruk angsoka
Olehnya sangat menaruh duka
Sahut Jaran Tamasa sambil bersenda
Jika berbini baik paras kekanda

Makin bertambah baiknya kanda
bercampur paras [..sa mu... da?]
Renjaka berkata suka tertawa
Katanya aduh utama jiwa

Sangat hendak berbini baik paras jua
Bukannya membela pandang? [mending?] nyawa
Jaran Tamasa pun tertawa suka
Seraya berkata marilah kakak

Turun berjalan diiring Renjaka
Manis berseri warna muka
Tersebut perkataan Ken Lamlam Arsa
Duduk di balai tengah masyghul rasa

Belas hatinya kepada rasa
Kelakuan seperti letih dan lasa

...dihadap oleh

37

Ia berdiri rambut disigar(1)
Mengenakan jamang emas dilingkar
Rambutnya ikal mayang mekar(2)
Pada masa itu dicahari sukar

Cermin diambil bercermin muka
Seraya berkata pada Renjaka
Adakah baik rupaku kaka[k]
Kerana belas menaruh duka

Manis sekali utama jiwaku
Baik paras tuan nyawaku
Sayang sedikit oleh pucat muka
Itupun menambah manisnya juga

Seperti layunya taruk angsoka
Olehnya sangat menaruh duka
Sahut Jaran Tamasa sambil bersenda
Jika berbini baik paras kekanda

Makin bertambah baiknya kanda
bercampur paras [..sa mu... da?]
Renjaka berkata suka tertawa
Katanya aduh utama jiwa

Sangat hendak berbini baik paras jua
Bukannya membela pandang? [mending?] nyawa
Jaran Tamasa pun tertawa suka
Seraya berkata marilah kakak

Turun berjalan diiring Renjaka
Manis berseri warna muka
Tersebut perkataan Ken Lamlam Arsa
Duduk di balai tengah masyghul rasa

Belas hatinya kepada rasa ....?
Kelakuan seperti letih dan lasa

...dihadap oleh