12

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Complete

Maka tuan mau menurut serta // Tiada menumangkan(1) kematian beta

Tuanku yang seperti yang-yang kesuma // Seperti bidadari Nila Utama
Jika seratus kali pun menjelma // Kakak hendak mati bersama

Baiklah tuan kita pergi // Samping hidup sehari dua hari
Janganlah kita bercerai lagi //Jangan tuan jauh dari sisi

Lamun hampir di sisi ada // Tiadalah cinta kematian kekanda
Seribu kali suka di dalam dada // Mati hidupnya tuan adinda

Jiwa kekanda yang baik pekerti // Tuanku seperti Dewi Siti [Sita?] Wati
Ken Lamlam Arsa pun sukalah hati // Daripada menangis ia berhenti

Disapunya air mata isterinya // Bertemu mulut sepah diberinya
Dipeluk dicium belas hatinya // Terlalu sangat kasih sayangnya

Tiadalah ia fikirkan suatu jua // Ken Lamlam Arsa utama jiwa
Berkasih kasihan samalah kedua // Seperti badan dengan nyawa

Tiadalah tidur semalaman berjaga // Hanyalah bersenda gurau jenaka
Menyudahkan kasih bersuka-suka // Tiadalah ia menaruh duka

berbujuk cumbu tiada

Notes and Questions

Please sign in to write a note for this page

sirikaba

Kamus Dewan: tumang (تومڠ); menumang (منومڠ), menumangkan (منومڠكن)
1. tidak mahu menerima, menampik, menolak; 2. berasa takut akan, gentar akan; 3. berasa bimbang atau khuatir.