22
Facsimile
Transcription
Seperti gambar baharu [ditulis?]
Anak rambutnya melentik wilis
Gemilang paras amat manjelis (majelis)
Ekor matanya terlalu manis
Seraya berkata sambil tertawa
Aduh pekulun utama jiwa
Cahaya matanya kekanda kedua
Patutlah kakak membuang jiwa
Aria ningsun emas juita
Tuan temani mati serta
Tiadalah kakak menaruh percinta
Kerana rupa tuan kematian beta
Jika seribu kali kekanda mati
Itupun sukalah rasanya hati
Seumur hidup kakak mencahari isteri
Seperti rupa tuan sukar dicahari
Sayangnya tiada lama bersama kita
Inilah sedikit yang kekanda cinta
Sakitnya tiada untung beta
Sudahlah dengan kehendak dewata
Jika selaku ini putus asa
Kasih pun belum puas rasa
Belas hati Ken Lamlam Arsa
Menengar kata Jaran Tamasa
Lalu titik air matanya
Jaran Tamasa pun belas hatinya
Kasihan melihat laku isterinya
Tiada lepas daripada pangkunya
[Selamanya?] tiadalah tidur muda pisari
Lain dengan membujuk isteri
Notes and Questions
Nobody has written a note for this page yet
Please sign in to write a note for this page