34

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Complete

Letih lesu rasa tubuhnya / Seperti tiada roh [arwah?] kepada rasa[nya]

Layu seperti taruk semendarasa / Tiadalah berketahuan kepada rasa
Mengeluh sedikit Ken Lamlam Arsa / Segera dipeluk Jaran Tamasa

Diciumnya pipi seraya berkata / Tuanku nyawa cahaya mata
Mengapa mengeluh emas juita / Menyesalkah tuan bersuamikan beta

Jika tuan tiada suka / Janganlah jiwaku mengambil kakak
Biarlah kekanda mati seorang juga / Tuanku jangan berhati duka

Jiwaku jangan berjauh rasa / Kerana kakak yang empunya dosa
Patutlah kekanda seorang binasa / Tersenyum sedikit Ken Lamlam Arsa

Belas menengarkan kata suaminya / Lalu titik air matanya
Makin ia melihat laku isterinya / Terlalulah belas rasa hatinya

Dipeluk dicium seraya berkata / Batu kepala cahaya mata
Tuanku nyawa ratna juita / Tuanku yang seperti gunung permata

Tuan yang seperti anakan syurga / Seperti manikam tiada terharga
Tuankulah manis di mata kakak / Seperti emas ukiran tiga

Notes and Questions

Nobody has written a note for this page yet

Please sign in to write a note for this page