jpeg

ReadAboutContentsHelp

Pages

51
Needs Review

51

Kepada patih ratu berkata/ Pohon sebutkan segala arta (harta) Sudah diterima duli sang nata/ Bawalah masuk pada tunangan kita Patih? pun benci (?) menengar kata/ Lalu disambut segala arta (harta) Dibawa masuk ke dalam kota/ Pada permaisuri sekalian nyata Raden Gunung Sari berhati walang/ Rasanya ngeran tiada kepalang Kehendak ayahanda tiada digalang/ Menyembah lalu bermohon pulang Rabu Menggada khabar akan diri/ Memandang Raden Gunung Sari Parasnya seperti bidadari/ Demikianlah gerangan Raden menteri Diperjamu oleh Seri Bitara Pati/ Makan minum dengan seperti Berlarah-larahan beganti-ganti/ Datng petang maka berhenti Lalu bertitah Seri Bitara/ Berhentilah anak Aji dikarang mendewa? Tempatnya luas tiada sengsara/ Lagipun hampir dengan pasara Ratu menyembah bermohon pulang/ Diiringkan segala menteri hulubalang Baginda tinggal berhati walang/ Mengatakan sesal berulang-ulang Teringatkan laku Raden Menggada/ Datanglah bencik di dalam dada

Last edit over 1 year ago by sirikaba
52
Needs Review

52

Sesal bertambah ganda berganda/ Berangkat masuk duli baginda Bermula Raden Cendera Kirana/ Terlalu masyghul gundah gulana Mandi bersintuk tiada sempurna/ Dipujuk oleh isi istana Ratu Menggada datang meminang/ Raden Galuh diberi tunang Hatinya gundah tiadalah senang/ Bencinya tidak dapat dikenang Sebagai menangis tiada berhenti/ Bini Aji memujuk berganti Hancur luluh di dalam hati/ Daripada hidup sukalah mati Kehendak ayahanda apakan daya/ Hilang budi cita upaya Sekalian belas memandang dia/ Bercintalah dengan hamba dan sahaja Tersebutlah kera? emas di dalam taman/ Telah berapa masa zaman Hatinya gundah tiadalah nyaman/ Duduk tak boleh bercampur taman Didengar khabar Ratu Menggada/ Datang meminang kekanda baginda Terlalulah geram di dalam dada/ Mengiraikan bulu seperti perada Diam berfikir seorang-orang/ Kemana gerangan saudaraku gerang? Tunangan hendak diambil orang/ Apa tipuku akan berperang

Last edit over 1 year ago by sirikaba
53
Needs Review

53

Kerana aku seorang diri/ Melawan orang isi negeri Perangi betara di Inggardiri/ Akan Ratu Menggada pula diri Di dalam fikir kepada rasa/ Taman inilah baik ku pinasa (binasa?) Supaya masyhur di dalam desa/ Di sanalah nyata kasar ? (k/j-a-k/s-d/r) perkasa Jikalau binasa taman ini/ Datanglah gerangan Ratu Tani? Jika ia datang ke sini/ Sahaja kulihat kasar? berani Setelah sudah berfikir cita/ Bangun bersikap berbuat minta Dibongkarnya jambangan sekalian rata/ Habis dilutu ke luar kota Segala kayu yang berbanjaran/ Buah dan bunga ber-s/k-uaran Dilutu kera emas berhamburan/ Orang yang hampir memandang hairan Binasalah taman penglipur lara/ Penghulu taman berbicara Meng(h)impunkan Sakai? segenap pasara/Disuruh berkampung menangkap kera Seorang tak boleh hampir ke situ/ Dilutunya dengan kayu dan batu Banyaklah binasa orang itu/ Penghulu pun masuk mengadap ratu Adapun akan Raden puteri/ Dukacita tiada terperi

Last edit over 1 year ago by sirikaba
54
Needs Review

54

Selama Ratu Menggada mari/ Raden menangis sehari-hari Suatu malam puteri beradu/ Berbaring di atas hamparan baldu Belas menengar penga-k-k merindu/ Galuh menansi tersedu-sedu Lalu beradu terlalu cendera/ Diusapi oleh betara bonda Mimpi bertemu dengan kera/ Di dalam taman penglipur lara Sembah kera emas tertib laku/ Janganlah masyghul duli tuanku Kerana patik ada bertengku?/Orang Menggada sahaja lawanku Tuanku persembahkan pada ayahanda/ Supaya dititahkan duli baginda Disuruhnya pergi Ratu Menggada/ Patik usir seperti kuda Telah siang sudahlah hari/Lalu bangun Raden puteri Tercengang-cengang seorang diri/ Teringatkan mimpi rasanya ngeri Bersandar di tiang sedu lakunya/ Diadap oleh bayan? dan iba? Diam berfikir di dalam hatinya/ Apa gerangan erti mimpinya Seketika duduk Raden puteri/ Datanglah Raden Gunung Sari Cantik agung manis berseri/ Wajah seperti matahari

Last edit over 1 year ago by sirikaba
55
Needs Review

55

Segera ditegur puteri bangsawan/ Berkata seraya s-y-w--r-a-k rupawan Aria ningsun emas tempawan/ Juita kekanda marilah tuan Duduk bersembah Raden menteri/ Memandang kepada Raden puteri Pucat manis durja berseri/ Belas hatinya tiada terperi Santap siri seraya berkata/ Kekanda jangan sangat bercinta Jikalau ada hayatnya beta/ Tiadalah kekanda beroleh leta Dewa dewata mulia raya/ Beta akan menolak bahaya Kata beta kekanda percaya/ Tiadalah takut beta akan dia Telah menengar kata adiknya/ Sukalah sedikit rasa hatinya Bercampur belas akan saudaranya/ Tunduk berlinang air matanya Galuh berkata perlahan suara/ Aria ningsun pangeran putera Kasih tuan? bersaudara/ Kakak sama menanggung mara Jika beroleh papa dan kerma/ Kekanda hendak mati bersama Tiadalah mahu bercerai lama/ Engkau? r-sama kita menjelma Seketika duduk berperi-peri/ Penghulu taman datang berlari

Last edit over 1 year ago by sirikaba
Displaying pages 51 - 55 of 129 in total