Pages
126
Laku laksana gambar dan wayang Barang yang melihat kasih dan sayang
Ken Lamlam Arsa pun menyembah permaisuri Bermohon pulang ke rumah sendiri Kerana petang sudahlah hari Kemudian pula patik ke mari
Selama Jaran Tamasa masuk ke negeri Suka dan ramai tiada terperi Memalu bunyi-bunyian sehari-hari Ramai dengan tepuk dan tari
Duduklah baginda bersuka-sukaan Dengan segala penggawa menteri sekalian Ramai dengan segala permainan Karar sentosa dalam kerajaan
Tamatlah syair Jaran Tamasa Mereka sajaknya terlalu seksa Daripada dititahkan raja yang kuasa Jadilah diperbuat sehabis kuasa
Mengerjakan titah raja yang bijak Sahajanya payah mengenakan sajak Daripada takut dikerjakan juga Katanya [nan?] benar dengan mustahak
Pada sanat 1219 tahun-tahun ba pada sembilan likur hari bulan Muharam pada hari Isnin pada waktu tengah hari akan surat ini Ismail empunya syair tamat